assalamualaikum semua...

sebenarnya,kami satu keluarga (4beranak jerr) minggu lepas lagi ke langkawi..(8hb5 hinggl 12hb5 2017)

booking ticket airasia dlm masa 2mggu..tiket pegi balik (k.t - klia2,klia2-langkawi,langkawi-klia2,klia2-k.t) tiket sume sekali dlm rm 800+..okla sbb tiket murah..

kami gerak dr k.tganu ke KLIA2 dalam pukul 10.20pgi..smpai sna dlm pukul 11pagi..tp kami gerak ke langkawi lewat cket..petang pukul 7 baru flight kami.huhu okla awal2 boleh jln2 pusing2 klia2..tgk aeroplane dlu..(biasala,ada anak kan) hee



happyla dpt naik aeroplane..



suka sgt bila dpt tgk aeroplane..

tp lama2 kt klia2 pon penat jgk haha







alhamdulillah,pukul8 mlm dh smpai kt langkawi..

hotel pertama kami duduk ialah Kuala Melaka Inn..Mmg best hotel ni..sbb murah dan ade sediakm breakfast..murahla sb booking dlu..hehe cr nk booking sng aje..bukak google,taip booking.com kt sini byk

hotel2 yg boleh anda pilih..kt trivago pon boleh tp slalu I cr kt trivago asyik kne bayo terus klu booking..klu guna booking.com kte bayar kt hotel..haha xkesahla mana2 kan..hotel ni hanya rm65 satu mlm..klu tak booking rm130 satu malam..woo harga dh berganda tu..tp bilik dia xda tingkap la..okla bkn kte p situ nk tdo..huhu tp bilik dia besar la..puas hati sbb I ade ank 2 org..masing2 aktiff so klu bilik sempit xbest laa kan.. kelengkapan sume ok..kettle air ade..cuma tv xder line sgt..haha xpela balik2 dr jenjalan dh xsempat dh nk tgk tv..muahaha

esok pgi2 kami ke skycab..nk naik cable car..hehe bestt planning upenye ariu ade diskaun kt sana..tp kami ambik combo ticket la..
1-skycab(cablecar)
2-skydome(show)
3-skytrek(3D show..ni pasal dinosour)
4-muzium 3D art
5-tour duck

harga sume skali
adult=rm70
child=49

so kami 4beranak kenala tiket harga 220

okla dh byk murah tu..sbb klu masuk tanpa pakej macamni..harga lagiii mahalll...huhu



abg xsabar2 dah nk masukk



anak2 abi sume berani hehe



ok skg dh smpai kt puncak.. lepastu nk tuju ke skybridge plk..



haa..nk menuju ke skybridge atau pon jambatan gantung ni,nk masuk jln kaki macam ni kne bayar rm5..ade disediakn lift utk terus smpai ke jambtan gantung tp bayar mahal cket rm15 kalau xsilap..so kami pilih jalan kaki aje..haha mencabar nakk oii..balik2 umah terus sakit kaki kuikuikui





masa berjalan atas jambatan ni,mmg akan rasa getaran sbb ni jmbtn gantung ok..haha klu korang dh rs gayat xpayah nk naik..tp klu xdukung anak macam I,mgkin xrasa sgt kot..



ok to be continue


Assalamualaikum

harini dinner dgn makaroni cheese bakar jer..bg sesapa nk diet,mmg hancuss lah diet! muahaha

ok resepi nyerr utk 3 ke 4 org mkn tau

separuh/suku lebih cket makaroni ~ rebus dgn sedikit minyak dan sedikit garam dlm air yg mendidih..dah didih air tu,baru msukkn makaroni..tgu 10 minit,toskn..oh I guna makaroni jenis kecik..hehe

daging kisar suku/separuh jgk..ikot selera anda..nk lebih lauk boleh la lebih kan..jnji kenyang..hee dgg kisar rendam dlm air panas didih,tutup kejap bekas berisi dgg tu..utk bg air dgg keluar dlu..lenyek2 kn dgn sudu bg air daging cpt keluar..rendam 5 ke 10 minit baru tapiskan..

sebijik bawang merah yg besar2 yea,potong dadu..klu bawang kecik,3ulas pn dh cukup..
bawang putih 3ulas,haluskn..haha sng tumbuk je hancur2..I guna pisau je bg halus..

butter @ majerin utk menumis dlm 3 sudu besar..ikot hati anda la nk buk mna..nam pon main campak2 kan..hee

mix vege..tp I xdak lupe beli so I just dadukn carrot..

sosej@bebola@filamen ketam@ dll hiris halus

3sudu besar tomato puri

lada hitam dlm 2sudu besar,boleh kurangkan jika xnk penas..I kurangkn sbb ank I xmkn pedas hee

daun bay selai jerr

ok cara nyee

panaskan majerin,tumiskn bawang merah dan putih..klu western ni xperlu tgu bwg garing tau..ckup2 layu dh ok..boleh msukkn dging kisar..
tgu dlm 5minit bg dgg masak sempurna serta boleh la msukkn segala jenis bebola@sosej@dll..kemudian,baru msukkn puri tomato..tambahkn air sedikit..msukkn carrot,masukkan gula sedikit utk seimbangkn rasa..terpulang xnk letak xper..
masukkan garam serta daun bay..kacau sebati..perasakn garam..last bru msukkn lada hitam..n macaroni..
I xbuh telo..klu nk add telo,msukkan telur sebiji..kacau sekejap n tutup api..
I sengaja xbubuh telor sb nk bg kuah dia byk cket..haha

ok cheese kt atas,uolls boleh gunakn mozarella,parmesan..ikot suka tau..hehe ok jumpa lagi...

tatatatatatatitititi
ALHAMDULILLAH...akhirnya ana dpt gak masuk jap kat ruangan blog nih...

dlm dua tiga menjak nii mmg sibukkk sgt2...

sampai xdan nk jenguk kt blog nii..

ciannnn blog ana niii...huhu

salam lebaran juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang mengenali ana...

rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan salam lebaran...

maaf zahir dan batin....

peac no war....

TOLAK SEBAB YANG DATANG DARI LUAR

Sebab -sebab yang datang dari luar ialah yang datang melalui pendengaran dan penglihatan kita.

Jauhilah daripada bunyi-bunyi,lukisan atau suara-suara yang boleh mengacau tumpuan hati dan

fikiran. Perlu diingat bahawa mata dan telinga boleh mempengaruhi hati. Caranya ialah dengan

fokus mata ke tempat sujud, cahaya dikurangkan, jangan ada gambar, ukiran dan warna-warni

pada sejadah.

TOLAK SEBAB YANG DATANG DARI DALAM

Paksa diri ikut makna bacaan satu persatu. Bertenang sebentar sebelum takbir pertama

(memperbaharui ingatan kepada ALLAH dan Hari Akhirat). Buang punca-punca yang boleh

mengganggu ingatan dengan cara mengunci pintu rumah,tutup api dapur,silentkan handset,dan

lain-lain.
kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak.

.....Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama

Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam


Syeikh Ali Hasan al-Halabee dalam penulisan beliau bertajuk Pleasant Companionship memberikan tip-tip bagaimana menjadi sahabat yang unggul :

1. Sahabat menjadi peneman jiwa sahabatnya. Jadilah sahabat yang selalu berinteraksi.

2. Sahabat mempunyai sikap yang mendorong ke arah kebaikan. Memuji kebaikan sahabatnya bermaksud mendorong beliau melakukannya lagi.

3. Sahabat memudahkan urusan agama sahabatnya. Ini termasuk menjaga amalan agama dalam diri dan memberi kemudahan bagi sahabatnya melakukan.

4. Sahabat sebagai tempat mencaj iman. Iman adalah kepercayaan kepada Tuhan dan seronok dengan perintahnya. Iman adalah kuasa dalam diam yang menarik sayang orang kepada diri. Ia kesan dari rasa ikhlas kita kepada Tuhan. Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad saw berkata iman itu adalah cinta kepada Nabi dan Tuhan melebihi segala-galanya dan mencintai orang lain kerana sebab itu.

5. Sahabat adalah penguat sewaktu diuji.

6. Sahabat memberi kesan yang langsung kepada orang yang dikasihi. Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, sahabat itu seperti penempa besi dan penjual minyak wangi. Jika kita berdiri di tepi penempa besi, maka akan terasa bahang dan percikan apinya. Jika kita berdiri di tepi penjual minyak wangi, maka baulah harumannya. Sahabat menjadi haruman kepada orang yang dikasihinya.

7. Sahabat adalah penghibur dalam kedukaan.

8. Sahabat seorang yang bersama-sama memenuhi aktiviti bersama. Sebagaimana Nabi Muhammad apabila berdakwah beliau membawa rakan bersama-sama hingga kerjanya selesai. Sahabat adalah peneman kepada kerja-kerja kebaikan yang dilakukan.

9. Pepatah Arab berkata, sahabat adalah penarik diri kepada sesuatu. Maksudnya, sahabat adalah magnet diri yang menarik sahabatnya kepada perkara yang baik. Sama-sama berlari ke arah yang sama.

Wallahu a’lam..

Azab Allah sudah Tiba?
Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin, kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, smoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah:

1. Tidak tampak perzinaan pada sesuatu kaum sehingga mereka berani terus-terang melakukannya, melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang menular (tha'un) dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan/ukuran dan timbangan (curang dalam perdangangan), kecuali mereka akan diuji dengan kemarau penjang dan kesulitan mencari rezeki, dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tidak menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.

4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan RasulNya kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka, musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri

Penerangan Hadis:

Marilah kita merenung sejenak hadis di atas dan membuat hisab ke atas diri dan masyarakat kita. Saban hari kita membaca akhbar dan mendengar berita tentang kepincangan umat Islam akhir zaman. Justeru itu, benarlah apa yang disebut oleh Rasulullah SAW tantang umat akhir zaman.
Hakikat yang perlu kita teliti ialah, adakah kita sekarang hidup dalam keredhaan dan keberkatan Allah atau sebaliknya? Melihat kepada perkara yang berlaku hari ini, sewajarnya kita bertanya kepada diri kita: Apakah sumbangan kita untuk Islam, Allah dan RasulNya? Bukan sekadar kita menyalahkan menyalahkan individu yang terlibat dalam maksiat dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekitar kita dengan alasan "Bukan hal aku". Sekarang ialah masanya untuk kita memikirkan apakah tindakan kita selanjutnya. Mahukah kita melihat perkara ini berterusan. Atau kita tergolong dalam golongan yang ingin merebut pahala jihad di sisi Allah.

Wallhu'alam.
Riwayat: Ibnu Majah